Saturday, June 13, 2015

Holla, I'm back after 3 years with new status !!!!

Wehuu ! Assalamualaykum :) ya Allah dah 3 tahun woii tak update blog. Nie nk login balek kemain susah. Pfttt. K k taktau la still ada yg nk baca ke tak. But nevermind it's my daily diary la kiranya (kes bosan tahap mak ko ijau) *apa yg viral sgt aku pon blur2 gak nih. Haha.


Well everyone mcm dah tau la kiranya aku dah officially jadi tunangan org. Pergh gila lah. Cepatnye aku membesar! Padahal org lain dah beranak 2 dah nie. But still tak caye kot rasa cam heh dah nak kawen dah ke?


Perasaan jadi tunang org nie biasa2 je aku rasa. Taktau lah org lain. Cuma bezanya ko kena behave cket aa dr biasa. Pastu kena cam sopan2 cket ye aa status dah tuko. Takleh nk buat perangai dulu2 lagi. Cam bangun lambat ke. Hahaha. Nie sumorang nk tgk gmbr tunang aku ke? Bajetnyee mcm lah ada org baca lg entry ko nie illa nurwahyu. Haha. Next post aku upload eh gmbr with encik tunang n family <3

Monday, February 6, 2012

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal

jika kita boleh mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w kenapa tidak kita mencontohi keperibadian beliau? fikirkan.

*tak bermakna yang tak  mengucapkan Salam Maulidur Rasul boleh lepas diri untuk berfikir

Saturday, January 28, 2012




I'm mad at myself, not you. I'm mad for always being nice, always apologizing for things I didn't do, for getting attached, for making you my life, depending on you, wasting my time on you, thinking about you, following you, changing for you, forgiving you, wishing for you, dreaming of you, and most of all... for not hating you which I know I should... but I can't.

Wednesday, January 25, 2012

Kekangan




sekarang jarang ada masa untuk diri sendiri. dengan family apatah lagi. rasa terkilan sangat. sebab semua benda kena rushing. semuanya hal duniawi. sibuk dengan urusan dunia yang taktau lah perjalanannya sampai ke mana. harap sangat semuanya berubah suatu hari nanti. selepas habis semua ini. HOPE

Wednesday, August 31, 2011

Salam Eidulfitri 2011 from me :)


kad raya designed by myself.
hasil x berapa tapi ini ikhlas dari lubuk hati.
semoga lebih rajin belajar Illustrator, Photoshop, Flash dan 3D Max selepas ini ye ayu :)
blog ini di update pada pukul 5.25 pada hari Raya ke-2
(sape tanak ajak aku raya kejap lagi aku akan update blog! tengoklah !)


haha. borink tapi malas nk buat assignment boleh? 
=='


Tuesday, August 23, 2011

10 Amalan Yang Dituntut Ketika Dan Semasa Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Al-Imam As-Shafie membahaskan dalam kitabnya, Al-Umm (Ibu) menceritakan amalan-amalan baik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan golongan-golongan ulama serta para solihin, diringkaskan bahawa terdapat 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Amalan-amalan ini adalah seperti berikut:-

1)Kita digalakkan berdoa ketika malam raya 
 
-Ambillah kesempatan dan doalah sepanjang malam raya supaya diterima amalan-amalan kita sepanjang bulan puasa yg baru sahaja berlalu. Lupakan persiapan raya kerana sepatutnya kita mesti bersedia lebih awal bukan menunggu saat-saat malam raya kerana waktu doa mustajab salah satunya ialah pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Subhanallah.


2)Takbir raya
-Memuji kebesaran Allah SWT setelah memberi nikmat dan ganjaran yang terlalu besar sepanjang Bulan Ramadhan dengan datangnya Lailatul Qadar. Takbir raya lah semampu mungkin sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.


3)Mandi sunat hari raya Aidilfitri
-Kita digalakkan mandi solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan disunatkan bercukur (bulu ketiak, ari-ari, kemaskan misai dsb) supaya kita kelihatan cantik, kemas dan bersih menghadap Allah SWT.


4)Memakai wangi-wangian
-Rasulullah SAW memakai wangi-wangian ketika menunaikan solat sunat Hari Raya dan digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik jika kurang mampu eloklah sekadar ianya bersih dan cantik dipandang.


5)Makan sedikit dalam angka yang ganjil
-Rasulullah SAW memakan sedikit buah tamar (atau kurma) sebelum keluar ke masjid dan diriwayatkan dalam angka yang ganjil iaitu 3 biji. ianya sebagai syarat kita sudah tidak berpuasa lagi pada hari raya. Jika tiada, minumlah sedikit air.


6)Mengucapkan salam dan selamat
-kepada orang islam sepanjang perjalanan ke masjid dan sepanjang hari raya. Ucaplah "Taqabbalallah huminna waminkum" Semoga Allah menerima doa aku dan kamu, supaya Allah menerima doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan.


7)Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berbeza
-Ianya supaya dapat mengeratkan silaturrahim sesama Islam kerana kita dapat bertemu dengan rakan-rakan dan saudara-saudara lain jika kita menggunakan jalan yang berbeza, maka bertambah ramai lagilah yang kita berjumpa dan ucap salam dihari mulia itu.


8)Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri
-Bawalah bersama ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan solat ini, alangkah ruginya bagi mereka yang menunaikan solat sunat ini namun meninggalkan khutbah Hari Raya seolah-seolah tergantung solatnya antara langit dan bumi. Apa salahnya menunggu seketika demi merebut ganjaran yang dikurniakan Allah SWT.


9)Ziarah menziarahi
-Kunjungilah ahli kelurga, jiran tetangga, sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa saja samada kawan mahupun lawan. Keberkatan pada Hari Raya insyaAllah yang lawan menjadi lawan, yang keras menjadi lembut, yang tertutup menjadi buka. Pohonlah kemaafan sesama manusia kerana Allah tidak akan mengampunkan kesalahan yang dilakukan sesama manusia walaupun Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa hambanya yang zalim jika mereka memohon keampunanNya.


10)Puasa 6 dibulan Syawal
-Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah. Timbul pula persoalan bolehkah dilakukan puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat? Jawapan yang paling tepat, wajib dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza. Lakukan secara berasingan.


Semoga ringkasan kitab mengenai 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan kita menghadapi dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. InsyaAllah. Sebar-sebarkanlah demi melahirkan umat islam yang berpegang teguh pada Allah dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW. Wassalam
 
 

P/S : Pd sspe yg tak bksmpatan utk melakukan spt amln di ats..moh le kte b'azam utk melakukannya pd Syawal dpn nti.. InsyaAllah..

Tuesday, May 24, 2011

kaki aku nahhhh ...

aku  : entry kali nie tidak berbaur kesedihan dah ..
korg : eleh tipu nieh.

aku  : klu bercampur bertolak berdarab berbahagi pun ade aku kesah?

korg : tapi cikgu saye kate ini pecahan (balas) haha!


berdasarkan entry di atas nk tergelak bukan. haha! sape yg demam Mahaaraja Laaaawak (baca dgn nada AC MIZAL ye. klu bleh kahak 2 kasi vibrant lagi. hahaha) skrg mmg menanti2 kan tersingkirnya Nabil kt Maharaja Lawak. bkn pe aku tgk skrg beliau da mcm xde idea dah dlm tu. balek2 nk knekn amir. haha! kedengaran mcm aku nk bekap si amir tu. tidak sama sekali. haha! (gelak kencing sambil berlari)


dulu mse Gelanggang Raja Lawak x dinafikan lah mmg minat Nabil smpi sanggup gne SOS topup maxis semata2 taknak bg dea di undi keluar. pergh. sebegitu besar pengorbanan aku terhadap dikau wahai nabil. malang sekali kau tetap tegar memilih irma setelah menjadi juara.T_T


klu tnye aku pastilah aku pilih Sepah kan. sb lawak dorg nie terasa dekat jek dgn masyarakat. n every week persembahan dorg konsisten.


tapi! tapi! tapi! anda silap (nada Detective Conan)


snanye aku nk ceritakan pengalaman aku kua dgn my bestfren sape lagi klu bkn Cik Peah apeceteot. klu dah namenye KL mmg susa la k nk kua2 nek kete nieh. jem tau! (baru ade lesen L padahal! xpe kne belagak org KL cket haha!) so ktrg memilih jalan perantaraan antara KLCC n Melati. Melati nie area ruma aku la yg berdekatan jek dgn tren. almaklomla kami dgn tren nie da mcm xdpt nk dipisahkan. men guli taim kecik2 dulu kt c2 la. haha


pendek kn cte mmg kaki aku nie sakit kemain nah bejalan jauh nie. pedih2 je rsenye.


kata Cik Peah : baik ko check. xkencing manis gout tu.


aku pon dga la saranan Cik Peah nie aku pon g la check. kaye x check kaki kt klcc? haha. aku ponn tergesa2 la check, crik tpt dudok yg sesuai, usha line zaap zaap(pusing kepala kiri kanan laju2)  pastu mmg betol aku tgk luka kt kaki aku nie ha. aku ponn jerit .. kaki aku tennnn !!!!haha


aku pon tampal la plaster. haha! klaka kann? kan mudah tu. xyah g klinik da .. jimat laki aku nt klu aku sakit. ngeh3!

ape yg kitorang buat kt KLCC tu :
  1. turun je tren KLCC tu ape laei. sesi photoshoot lah kami. org sme tgk smpi teleng2 kepala. sadis aku tgk .. aku just tetapkan dlm ati xpe dorg tga tgk fasha sandha menari caklempong.
  2. pusing2 tgk environment. pasai pa len mcm jek KLCC nie. da mcm2 perubahan da. bersesuaian la dgn tagline "Always something new"
  3. dpt plak testimony Clinique. "ha marilah cuba dulu" bak kate cina nyah kelate tu. very pleasant oke n 4sure fatin ponn menorai.
  4. pas bli tiket Nur Kasih The Movie tros melahapkan nafsu makan yg sedia xterkawal nieh. ade plak laki xsedar diri da tue ajak minum. heyy. make sure pas minum dgn u i nk Toyota Camry se!
  5. semangat nieh nk tgk Nur Kasih The Movie smpi tersalah masok toilet GENTS. haih. makcik cleaner tu pon bersuara "jgn msok toilet laki2 yunk" haha. (maaf neng xberniat ponn! :P)
  6. dr sblm wayang smpi abes wayang suh org amek pic ktrg bedua. tp composition sme hampeh! haha. (hamboi mentang2 photography ko dpt A da power root la krenye ? halooo siapa disane. oke anda menang moto :P)

moral of the story : 
bli kasut tu gigit dulu. pastu bace mantera anjasmoro cket. haha! jgn ikot! kang xmemasal kua buih putih kt mulut pastu salahkan aku. berbakul2 plak dosa aku nt kerana dikatakan bwk ajaran sesat. haha. tahla org ckp sblm ko gigit aku bia aku gigit ko dlu.
  









enjoy :)